Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
Ramadhan... hari ini hari ke 16. Masih lagi berbaki 14 hari. Sedih atau gembira? Para sahabat dulu, semakin berlalunya hari-hari ramadhan, mereka akan menangis. Sedih. Semakin suntuk masa rehat mereka kerana dlm ramadhan ada tarawikh, solat istirehat. Dalam ramadhan ada pahala yg berlipat ganda sbg motivasi utk perbanyak ibadah. Ramadhan menjanjikan tawaran-tawaran lumayan yg tidak ada pada bulan-bulan lain.
Pernah terfikir kenapa dikatakan Ramadhan itu bulan utk beristirehat? Amati semula, ketika kita beribadah, masa itu hanya antara kita dgn Allah. Masa kita berkhalwat dgn Allah. Hanya berdua. Mengadu dgn Allah, menangis, merintih. Luahan hati. Saat itu tidak perlu fikirkan dunia. Tidak perlu fikirkan tanggungjawab yg tergalas di pundak. Saat itu abaikan segala-galanya. Tinggalkan sebentar sang dunia.
Makanya, apabila tiba peluang Allah sarankan kita banyak beribadah, secara tidak langsung ketika itu jauhlah kita drp urusan dunia [yg tidak pernah akan selesai] sekaligus berehat mengadap Ilahi.. berehat drp tanggungjawab sbg ibu, ayah, anak, pelajar, kawan, pemimpin dll.. berehat.. krn ketika itu kita kembali kpd fitrah sbg hamba-Nya.
Tapi pastinya kita akan rasakan ibadah itu benar-benar kerehatan buat kita jika saat-saat kembali kpd Allah itu sememangnya saat-saat yg kita nantikan. Umpama saat yg dinanti seorang suami utk pulang ke rumah bertemu isteri dan anak-anak setelah penat seharian bekerja di luar.
Allahu Akbar~ Ramadhan kareem~
"Tiap-tiap amalan anak Adam dipergandakan pahalanya antara sepuluh sampai 700 kali, telah berfirman Allah 'Azza Wajalla, kecuali puasa, kerana seseungguhnya puasa itu untukku dan Akulah yang akan membalasnya, ditinggalkannya keinginan hawa nafsunya dan makanannya kerana Aku semata-mata" [HR Muslim]

0 comments:
Post a Comment