Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah masih berkesempatan utk bangun dan bernafas, berjalan dan berfikir, dan dapatkan sesuatu! :D
sesuatu utk saya minggu lepas adalah melawat tanah jajahan Kelantan dan Terengganu! agak lol di sini kerana saya nampak seperti Jakun, kan? memang pun sebab kali terakhir saya jejak kaki ke pantai timur sana sewaktu berumur 7 tahun! 14tahun yg lalu! bak kata kakak saya, umur2 mumaiyyiz tak mumayyiz lagi. heh.
Apa yg dibuat di Kelantan dan Terengganu tu usah ditanya. kalian maklum sahaja apa orang luar akan buat apabila masuk sanakan? jadi, agak [sangat sebenarnya] cliche utk diceritakan. Jadi apa yg mahu diceritakan? erm..
First, rasa sgt best sebab mak and abah give trust to along and me to drive along the journey! :D Sepanjang perjalanan pergi melalui Gua Musang, along drive. Dalam perjalanan balik dari Kuantan sampai Seremban, saya drive. Di Kelantan dan Terengganu, kami gilir-gilir drive. Only us! :D hehe.. seronok! Antara lain, sebab dapat explore tempat orang, jumpa tempat-tempat baru lagi pelik namanya dan jumpa dgn tempat-tempat yg selama ni hanya dapat dengar nama dari jauh. hehe.. sekarang kalau org ckp pasal KB Mall, PCB, dan Pasar Siti khadijah, at least tak blur sgt! :D Lagi satu, tempat yg saya akan ingat bila dikaitkan dengan KB ialah jambatan KB! yg agak (sangat) jem.. 4 line kereta nak masuk jambatan yg hanya ada satu lane ==' tiba-tiba teringat budak-budak ni bercerita pasal KB dan jambatan itu bila tiba waktu raya. adeyhh...
Second, rasa best sebab sepanjang perjalanan ni, asyik tersengih-sengih je. Kenapa? sebab duk teringat kawan-kawan den yg duduk Kelantan ni. Sampai sahaja Kuala Lipis, (selain Siti Nurhaliza) singgah dah dalam kepala nama seorang macik nih. hehe.. lepas masuk Gua Musang jumpa Kuala Krai, ingat lagi si fulan si fulan. Dah masuk KB, lagi banyak nama yang menyinggah dalam kepala ni. Boleh kata setiap 10-15 km perjalanan, mesti akan terkeluar ayat-ayat seperti.. "ooo.. ini rupanya tempat yg diorang cakap tu.." atau, "eh, rasanya si fulan nih duduk kat sini." Sampai my family cakap, "Ada juga yg tak lama lagi jd orang kelate sok nih.." ;P
Third, perkara yg buat saya tersenyum, mengeleng dan mengangguk sepanjang perjalanan ini ialah situasi yg akhirnya saya nampak dgn mata kepala sendiri. Saya ada ramai kawan dr Pantai Timur. Banyak bergaul dgn mereka. Sedikit sebanyak sudah tahu bagaimana cara hidup mereka. Tapi apabila sampai di sini, banyak lagi situasi yg buat saya lebih faham dan jelas akhirnya... :)
Selepas 2 hari di Kelantan, kami singgah di Terengganu. Terengganu? masyaAllah~ seriously i'm in love with this place. pantai dia cantik! tapi tak dapat lama di Terengganu. Hanya setengah hari kerana lepas asar, kami dah bertolak balik ke Seremban. Selain pantai Terengganu yg buat saya jatuh cinta pandang pertama tu [over], i'm in love with batik! memang selama ni pun sukakan batik, tapi bila dah sampai sini lagi mabuk cinta rasanya tgk batik ni. hehe.. ha, satu lagi benda best yg buat me dan along gelak ialah 'signboard' kelakar yg kami jumpa sepanjang pemanduan di KT. lol. macam2.. :)
Inilah antara benda yg kononnya best yg saya ingat.. it's common but memorable ;) oh tp ada satu perkara buat saya terkilan. Tak dapat makan ikan bakar di tepi pantai! ;( sedih.. sejak dr Seremban lagi saya dah set satu misi, iaitu makan ikan bakar kat pantai terengganu! erm.. tapi tiada rezeki. Penyudahnya, keesokan malam selepas sampai Seremban, kami pergi PD. semata-mata utk makan ikan bakar. ish3.. tapi alhamdulillah sebab sedap. jadi puas hati :D
Erm.. bila lagi agaknya akan ke sana? 14 tahun lagi? ke 14 bulan lg? ke sana utk majlis sambut menantu? eh?
ps: Maksud Jakun menurut DBP ialah penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Melayu-Proto yg tinggal di selatan Semenanjung (hutan Pahang, Johor dan Negeri Sembilan). hah, mmg padan pun kalau saya disamakan dengan Jakun. memang asalnya dr selatan Malaysia pun. heh.
0 comments:
Post a Comment