May 17, 2011

untitle

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. selamat sudah sampai ke Malaysia bertemu mak, abah dan anak-anak Zahid yg lain. nikmat yg tak terhingga. sungguh :) Alhamdulillah juga penerbangan kali ini tidak makan masa yg lama. Tidak sampai 24 jam. Hanya 'transit' di Hong Kong tanpa perlu menempuh Vancouver. Agak hairan pada awalnya. Tapi selepas berada di dalam pesawat, sempat saya melihat map. Rupanya-rupanya 'route' penerbangan kami melalui kawasan kutub Utara. Tidak hairanlah kenapa saya terlihat akan lapisan ais ketika menjeguk ke luar tingkap.

Baru sahaja singgah di laman sesawang Mawar Safei. Suka penulisan beliau. Ringkas dan bersahaja. tetapi mendalam dan penuh makna :) Suka lagi setiap catatan beliau kerana kadangkala beliau akan selitkan lukisan dan gambar. Lukisan dan gambar ini semua pun seakan berbicara juga. melengkapkan lagi catatannya yg selalunya tidak bertajuk dan pendek. Sungguhpun pendek, tetapi mendalam maksud yg perlu dirungkai. Refleksi dan monolog dalaman mungkin. yg lahir jujur dari hati. Salah satu catatan blog beliau yg saya maksudkan adalah catatan yg satu ini [sila klik]. Jujur saya katakan, saya agak kabur dgn maksud yg ingin beliau sampaikan. Erm ada sesiapa yg sudi huraikan utk saya? :)

Lukisan, satu lagi cabang seni. saya cemburu akan mereka yg pandai melukis. Yang hanya bersahaja menarikan berus di atas kertas lukisan. Tidak kira Apa hasilnya, pasti tampak lawa dan berseni. Begitu juga tentang penulisan dan pemulis-pemulisnya seperti Mawar Safei, Nisah Hj. Haron, Ust. Hasrizal, Ust. Pahrol Muhd Juoi dan lain-lain lagi. Tidak kiralah mereka penulis sastera atau tidak. Setiap apa yg mereka coretkan selalu berbekas di hati pembaca.

Apa ya agaknya faktor 'X' mereka? bakat? usaha? cakupan ilmu dan pengalaman? mungkin keikhlasan hati utk menulis? atau mungkin kesemuanya sekali? Teringat pendapat dua sasterawan negara, SN Keris Mas dan SN A. Samad Said yg punya pandangan berbeza tentang bakat dlm penulisan. "SN Keris Mas menyebutkan bakat sangat penting sementara SN A. Samad Said menyatakan bakat kurang penting tetapi usaha dan minat lebih penting." Allahualam [segala-galanya milik Allah]

Oh bercakap tentang lukisan, salah seorang daripada teman saya telah mengambil kelas melukis utk kelas musim panas ni. Menarik kelas melukis ini. Antara tugasan kawan saya yg sempat saya lihat hasilnya bertemakan tentang 'work hard/ struggle, stairs and fly'. Bermula dr bawah kertas lukisan, kawan saya telah lukiskan.. erm.. bagaimana ye harus saya tuliskan di sini? Haha.. tidak tahu :) Oh kawan saya kata dalam kelas ini mereka akan belajar bagaimana cara mentafsir lukisan juga. Kata cikgunya, lukisan abstrak yg selalu kita lihat dan tafsirkan sbg contengan-yang-entah-apa-apa itu sebenarnya punya maksud. Oh, dengar dia bercerita, saya jadi sgt teruja. seronoknyaaa :) kawan saya, dia orang berbakat. Berseni orangnya. Saya berpeluang melihat hasil lukisannya di hari pertama persekolahan minggu lepas. Erm.. saya cemburukan dia. Boleh? :) walaupun saya cemburu, tapi saya tetap tersenyum melihat lukisannya. Sekurang-kurangnya saya dapat melihat hasil lukisan abstrak dr orang yg dekat dgn saya. Jika tidak faham, senang tanyakan terus maksud yg ingiun disampaikan. huhu.. Senyum lagi :)

"Wah... cantiknya... pandai kau lukis. jeless"
"Ambillah tahun depan. Cikgu cakap cikgu tak ambil kira bakat pun. Dia tengok determination."


Kata-kata yg sedikit sebanyak mengubat hati saya yg mula mendung bila mengenangkan bakat yg tidak berpihak pd saya.


Usaha. Usaha. Usaha. Pasti ada hikmah kenapa Allah tidak kurniakan bakat seni terhadap sayakan? Supaya setiap usaha saya berganda-ganda pahalanya mungkin :) Oh lagi satu, hujung bulan ini akan diadakan sati kursus pembikinan filem pendek. Saya berminat. tetapi berfikir-fikir mahu sertai atau tidak. erm..

p/s: tajuk post kali ini? biarlah untitle. boleh? lagak seperti Mawar Safei. huhu.. berangan kamu.

0 comments:

Khabar Bahasa

Khabar Islam

Khabar Dunia

  © Blogger template Brooklyn by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP