Assalamualaikum wbt.

Mahu tulis sesuatu sekejap.
Sebagai ucapan tahniah buat kawan sy kerana hari ini [tanpa diminta-minta dan disangka-sangka] telah terialisasi sebahagian impian kanak-kanaknya dahulu, iaitu menjejakkan kaki ke Alnwick Castle aka Hogwart School [tau tak nih ape ke bende alah nya Hogwart Skul nih? Tempat Harry Potter berlakon tu].
Kenapa saya kisah sgt pun kalau dia dpt jejakkan kaki ke sana? Bukan 'point' saya utk menulis tentang Alnwick Castle tersebut. Sesuatu yg ingin sy tulis kali ini adalah tentang IMPIAN dia yg akhirnya menjadi realiti
Saya membesar bersama dia. Sejak darjah satu lagi saya kenal dia. Pendek cerita rapat dgn dia. Bila rapat dan membesar sama-sama ni, sudah tentulah macam-macam cerita, rahsia, impian dan angan-angan yg kami kongsikan bersama. Bila fikir balik, memang entah apa-apa yg kitorg angankan dulu. haha.. takpelah.. nama pun budak-budak. proses pembesaran tu. bila ada angan-angan, lahirla cita-cita. Kawan saya ini sangat gilakan Harry Potter. Semua koleksi buku dia ada. segala 'update' tentang Harry Potter dia tahu. Makanya saya sbg kawan baik dia ketika itu perlulah menjadi pendengar setia segala ceritanya yg berkaitan tentang HP. walaupun rasa sgt bosan sebab aku tak gilakan HP segila dia. tak phm ape yg best sgt pasal HP ni. haha.. 'Gila' kawan saya ni terhadap HP tidaklah sampai tahap segala dinding bilik, baju, pensil case perlu ada gambar dan lambang HP. Jadi jika nak dibandingkan dgn org lain, tahap kawan saya ni masih biasa-biasa sebab ramai lagi yg sanggup lakukan lebih dari itu. sanggup habis ribuan ringgit demi koleksi HP. Tapi ada satu perkara ttg kawan-sy-dan-HP-nya yg saya yakin tidak ada pada kisah org-lain-dan-HP-mereka. hahha.. apa aku tulis nih?, ada satu rahsia besar ttg kawan-sy-dan-HP-nya yg saya berjaya simpan sampai sekarang! =D Disebabkan rahsia besar ini saya tidak memperlekehkan minat kawan saya terhadap HP. Disebabkan rahsia besar ini saya terkejut bukan kepalang krn tidak menyangka sampai ke tahap 'itu' kisah dan impian kawan saya terhadap HP. Dan disebabkan rahsia besar ini jugalah saya setia mendengar segala cerita dan impiannya tentang HP. Percayalah, rahsia ni memang besar. haha..
Tapi itu semua dulu. cerita dulu. impian dulu. impian zaman budak-budak. Bila semakin dewasa, saya mula jarang dgr cerita ttg dia-dan-HP-nya. Keutamaannya mula berubah. Impian hidup yg dipasakkan kini lebih realistik dan bermakna. Tiada lagi HP dalam kamus hidupnya. Sedikit demi sedikit angan-angan kanak-kanaknya ditelan kedewasaan dan hakikat kehidupan. Sebenarnya dia masih boleh memilih utk terus hidup dalam dunia kanak-kanaknya. Terus menyelitkan HP dalam kamus hidupnya. Tiada siapa yg halang kerana di luar sana pun masih ramai lagi yg terus setia dgn HP walaupun usia semakin menginjak dewasa. Tapi kawan saya memilih utk melupakan kisah dan impian kanak-kanak tersebut demi impian barunya. Impian yg lebih bernilai. Dia memilih impian Islam. katanya, semakin dewasa, dia mula faham kenapa dia diciptakan. Dia mula rasakan bahawa impian lalunya adalah sampah semata-mata. Impian agama lebih wajar difikirkan. Impian yg kelihatan idealistik tetapi sebenanrya realistik dan dituntut Allah tetapi masih belum terlaksana. Ketika sy mendengar ttg impian barunya, hati sy sgt kagum akan kekuatannya melupakan kisah 'rahsia besar' nya dan berpijak di bumi nyata.
Makanya, hari ini, apabila dia katakan bahawa dia telah menjejakkan kaki ke Hogwart School, segala kenangan dulu terimbas kembali di minda saya. Saya yakin dia sendiri tidak menyangka impian kanak-kanaknya menjadi realiti selepas beberapa hari umurnya mencecah 21 tahun. Selepas dia memilih utk tinggalkan impian sbg cebisan kenangan. Ketika mendapat tahu dia telah ke sana hari ini, saya sendiri seperti rasa mahu menitik air mata. Sama sekali tidak menyangka. Namun saya yakin ini adalah hadiah Allah buatnya. Hadiah buatnya krn memilih impian Islam. Hadiah buatnya kerana meninggalkan dunia utk Allah dan agama.
i know it's not easy for her to give up her past. Semoga dia sabar dgn jalan yg dipilih. semoga dia yakin impian barunya ini juga akan terlaksana suatu hari nanti kerana impian ini telah dijanjikan Allah. Dan impian ini turut ada hadiah yg menanti...
"Ketika menulis tentang kawan saya dan impiannya, saya terfikir, bagaimana dgn saya dan impian saya pula? Apakah Allah juga punya hadiah buat saya jika saya memilih jalan yg sama seperti dia? :( Semoga Allah beri kekuatan pd saya juga."
0 comments:
Post a Comment