Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Duduk beriman sejenak bersama mereka :)
i like this. huhu..
ketika mereka berbual, ada sesuatu yg mereka utarakan. menarik pula bila difikir2kan.
"Bagaimana cara org2 beriman bermuhasabah dan beriman dgn Allah? Sdgkan jika kita lihat, org2 yg tinggi imannya, masa-masa mereka sentiasa diisi dgn amal ibadah. tidak kira wajib mahupun sunat. Masa dan aktiviti sehari-hari pula selalunya diinfakkan utk agama. Akhlak dan peribadinya pun insyaAllah indah dan baik-baik saja sesama makhluk. Mereka boleh dikatakan sempurna. Tidak ada salah yg mahu dikesalkan beriya-iya. Insyaallah terpelihara drp melakukan dosa-dosa besar. Tapi knp mereka selalu bersedih? Begitu mudah mengeluarkan air mata? Menangisi hidup dan diri sendiri?"
"Sebab mereka melihat sekecil-kecil dosa itu pun adalah dosa besar. Buang sampah di jalanan rasa begitu bersalah. Tidak senyum dan sebarkan salam sesama saudara pun rasa bersalah. gelak kuat-kuat pun rasa bersalah. Kerana apa? kerana takut dgn dosa. takut dgn Allah. malu dgn Allah. tidak kiralah dosa kecil atau besar. Sebab itu mereka selalu salahkan diri sendiri mungkin?"
Banyak lagi kemungkinan2 yg dilontarkan. Bila difikir sekali lalu, bukanlah perkara pokok utk mereka bercerita ttg ini. Tapi bila difikir dalam2, betul juga kan? Kalau kita betul2 beriman, sudah pasti perkara sekecil kuman pun akan kita berat-beratkan2. sebab itu salah satu cara utk kita sentiasa rasa berdosa dan rendah diri di hadapan Allah.
Tapi apa-apa pun, pandai-pandai nilai. Adakah perkara kecil yg dibesar2kan (dlm hati dan benak fikiran) itu betul-betul buat kita dekat dgn Allah? kalau iya, alhamdulillah. kalau tidak..... mungkin kita dah tertipu dgn syaitan yg memang sentiasa cari jalan membuatkan kita lembik dan lemah longlai. huhu.. agaknya la..
ok, wsalam~
:: Tanggungjawab Kita ::
1 day ago
2 comments:
zayana likes this post!!!
cikZayanaAnggunYgOptimis;
:D
rase terketuk bile dgr pasal ni. huhu.. jd kne slalu la muhasabah betul2 diri ni..
Post a Comment